muzik tradisional malaysia

ALAT MUZIK TRADISIONAL MALAYSIA

Malaysia merupakan negara yang sangat merangkumi alat muzik tradisional dan temporari. muzik tradisional banyak dipengaruhi oleh budaya cina, islam, indonesia dan india. kebanyakkan alat muzik di malaysia terdiri daripada gendang, seruling, gong dan sebagainya. jommmm kita lihat antara muzik tradisional di malaysia.


 CANANG




canang  merupakan sejenis alat muzik  dalam keluarga gong  yang berukuran kecil. Berperanan sebagai alat 'penanda masa' (time marker) dalam ensembel paluan tradisional yang terdapat di kelantan.
Dalam konteks persembahan yang berhubungan dengan teater tradisional, ia disertakan secara berpasangan iaitu canang 'ibu' dan 'anak'.
Manakala dalam ensembel bagi mengiringi tarian istana seperti Tarian asyik, mengikut amalan semasa, canang digunakan sebanyak empat biji dilaraskan mengikut sistem diatonik yang mempunyai pic suara yang tepat (definite pitch). canang ini diperbuat daripada besi dan gangsa. Canang juga digunakan bagi menyebar pengistiharan/titah sultan pada zaman dahulu.

. GENDANG 



gendang ialah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbau, kambing atau lembu. ia merupakan salah sebuah alat muzik dalam keluarga genderang. setiap bangsa seperti cina, melayu dan india mempunyai gendang dengan nama mereka yang tersendiri. gendang ini mempunyai pelbagai saiz. orang melayu biasanya gegendang digunakan untuk persilatan, tarian dan ada juga digunakan untuk menyambut perayaan atau pertabalan diraja.  

Gendang Melayu dimainkan oleh masyarakat melayu mempunyai muka yang berlainan saiz. Satu muka dipasang dengan belulang lembu dan satu muka dipasang dengan belulang kambing. Belulang tersebut disirat dengan tali rotan dan dililit dengan rotan yang dibelah dua.


GONG 



Gong merupakan sejenis alat muzik 'idiophone' yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Tenggara. Gong telah wujud semenjak zaman gangsa lagi dari Yunani. Gong juga dimainkan bagi mengiringi permainan wayang kulit di Indonesia. Gong merupakan alatan penting yang berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam essemble persembahan muzik gamelan .

Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. Kebiasannya, 1 atau 2 drum turut dimainkan serentak untuk mempelbagaikan irama muzik yang lebih unik. Gong telah banyak dijumpai di seluruh semenanjung Indochina dan kepulauan Nusantara sebagai alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional.

KOMPANG 



Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina, namun mutakhir ini, kulitnya juga diperbuat dari kulit lembu, kerbau malah getah sintetik. seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.
Terdapat dua bahagian kompang iaitu bahagian muka (ada kulit) dipanggil belulang. manakala, bahagian badan (kayu) dipanggil baluh. Kompang perlu diletakkan penegang atau dipanggil sedak iaitu sejenis rotan yang diletakkan antara belulang dan baluh, sedak ini diletakkan bertujuan untuk menegangkan bahagian belulang dan menyedapkan bunyi kompang apabila dipalu.

SERULING 


Seruling ataupun flut ialah sebuah alat muzik dari famili alat tiup kayu atau woodwind. Berlainan dengan alat rid, seruling ialah sebuah alat aerofonatau alat tiup tanpa rid yang mengeluarkan bunyi daripada aliran udara yang merentasi lubang. Ia diperbuat daripada buluh satu ketika dahulu. Namun kini seruling moden ada yang diperbuat daripada logam aluminium dan plastik. Cara memainkannya adalah dengan meniup. Akan tetapi cara meniup seruling hendaklah betul bagi mengeluarkan bunyi yang baik. 

 REBANA


Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu melayu. Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong dan pelanduk-pelanduk.
Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada hari keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana Ubi.

. GAMBUS 


Gambus ialah sejenis alat muzik bertali tradisional di malaysia. ia berbentuk seperti buah pear yang dibelah dua. gambus tergolong dalam alat muzik jenis 'petik' yang dikatakan berasal dari timur tengah. gambus terdapat dalam pelbagai jenis iaitu dari gambus tiga tali sehingga gambus yang mempunyai 12 tali. 



No comments:

Post a Comment

WELCOME TO OUR BLOG

WELCOME TO OUR BLOG