kraf tangan di malaysia

KRAF TANGAN DI MALAYSIA 

Di Malaysia pelbagai jenis kraf tangan yang menarik dan popular. ini bukan sahaja menarik minat rakyat Malaysia malah ia juga menarik minat pelancong dari luar. Hal ini kerana bahan popular dengan seni tradisi termasuk labu sayung perak, geluk, belanga, seramik bermotifkan naga cina dan pasu tanah liat bercirikan motif kesenian kaum dari Sarawak. 

1. LABU SAYONG



Labu sayong ialah bekas berwarna hitam berbentuk labu yang diperbuat daripada tanah liat. Ia bekas air yang sekaligus bertindak menyejukkan air minuman. Negeri perak adalah negeri yang terkenal dengan pasu jenis ini.  

2. BELANGAN




Ditemui di kebanyakkkan rumah kampung di Malaysia, belanga biasanya bertapak bulat dan bersisi lebar, ia biasanya digunakan untuk memasak kari kerana dipercayai tapak bulat membolehkan haba disebarkan dengan lebih rata.


3. TERENANG 




Belang bersegi ini biasanya popular digunakan untuk menyimpan air, negeri Pahang dan Terengganu merupakan negeri yang sangat popular dengan terenang. ia menyimpan leher cengkung dan badan cembung. 


4. SENI KAYU



Seni kayu diperbuat daripada sumber kayu-kayuan yang diambil di hutan tropika. Malaysia dikenali sebagai kraf tangannya kerana cara ukiran yang menarik yang diperbuat daripada kayu. Mengikut tradisi dahulu , keseluruhan rumah dibina daripada kayu balak berukiran tangan yang teliti. Hari ini panel antik ukiran gaya melayu, hulu keris, bekas cina, arca ukiran orang asli yang unik, tongkat yang halus buantannya, peralatan dapur dan kayu berukir wangi adalah antara barangan hiasan eksotik yang banyak terdapat di Malaysia.


5. SENI BESI



Seni besi terkenal padan zaman dahulu lagi, acu tembaga dan kerja gangsa tradisional masih lagi diamalkan untuk membuat pelbagai jenis alatan. Dengan penemuan bii timah di Malaysia pada abad ke 19 pewter pula menjadi semakin popular. Produk kraf besi termasuk item hiasan moden, alatan dapur dan artifak tradisional seperti set tepak sirih, bekas air mawar dan bilah keris. 



SENI ANYAMAN TANGAN 

Penggunaan bahan kayu serta tumbuhan tempatan daripada bambu, rotan, pandan dan daun mengkuang digulung, dipintai dan dianyam untuk membuat hasil kraftangan seperti beg, bakul, tikar, tudung salji dan bola sepak raga. 

1. TEKSTIL



Berwarna warni dan menawan, tekstil tradisional Malaysia sering menjadi perhatian di seluruh dunia. Di antara tekstil-tekstil yang menjadi perhatian adalah songket, batik, puan kumbudan tekat. Tekstil ini dibuat dengan pelbagai jenis hiasan, daripada busana ' haute couture' kepada kasut, langsir berwarna-warni dan kain alas katil yang halus buatannya.

2. BATIK



Warna pada batik tahan lebih lama berbanding fabrik yang di cat atau dicetak kerana fabrik batik dicelup sepenuhnya ke dalam pewarna. Proses tersebut menggunakan teknik sekatan menutupi keseluruhan ruang permukaan kain dengan lilin untuk meyekat warna daripada menyerap.


3. SONGKET



Pada masa lalu, fabrik tebal dan mewah ini melambangkan status sosial bangsawan melayu. Fabrik ini dibuat dengan menggunakan benang emas yang kemudiannya dimasukkan ke kiri dan kanan di celah-celah benang sutera mengikut corak yang telah ditetapkan.


4. PUA KUMBU



Diperbuat daripada benang -benang yang dicelup satu persatu menggunakan alat penenun tradisional, motif-motif pada fabrik ini diilhamkan daripada mimpi dan kepercayaan animis purba. Corak-coraknya pula merupakan gabungan alam realiti dan mistik. setiap tenunan mempunyai gaya tersendiri si penenun.


5. TEKAT



Seni menyulam benang emas kepada bahan dasar, biasanya baldu digunakan untuk menghias regalia perkahwinan melayu pada zaman dahulu.




BARANG KEMAS DAN AKSESORI

Di Malaysia terdapat banyak aksesori buantan tangan yang telah dihasilkan, yang mana ia telah mendapat banyak sambutan daripada dalam dan luar negara kerana buatan yang dihasilkan menarik dan kreatif. Antaranya barang kraf kulit, kalung manik dari Borneo, barang kemas emas dan perak yang halus buatannya dihiasi dengan permata.



1. KERONGSANG




Kerongsang tiga keping yang digunakan untuk menetapkan kolar baju kebaya pada zaman dahulu. Kerongsang biasanya disiapkan dalam tiga keping per set. Biasanya set tiga keping terdiri daripada kerongsang ibu ( kepingan utama) yang lebih besar dan berat. Dua yang selebihnya dipanggil kerongsang anak (  kepingan kecil) dan dipakai di bawah kerongsang ibu.


2. CUCUK SANGGUL



Sanggul rambut tradisional digunakan untuk menetapkan rambut pada sanggul di belakang kepala wanita. Biasanya dibuat daripada emas atau perak, pin rambut ini biasanya dipakai dalam set berturutan tiga, lima atau tujuh oleh pengantin ataupun penari tradisional.


3. PENDING



Pending merupakan perhiasan yang dipakai pada bahagian pinggang. Kebanyakkan bentuk pending kelihatan seperti daun. lazimnya, ia diperbuat daripada logam ( emas dan tembaga). Pada masa kini, pending semakin kurang mendapat sambutan , terutama sekali dalam kalangan orang muda berikutan zaman yang serba moden dan canggih ini. tambahannya pula, bentuknya yang agak besar dan coraknya yang dianggap klasik menyebaabkan golongan muda kurang tertarik untuk menggunkannya.


4. DOKOH



Dokoh merupakan salah satu daripada eksesori tradisional wanita yang dipakai di leher yang mempunyai tiga atau lebih plat yang diperbuat daripada timah, tembaga, atau logam. Pada suatu ketika dahulu, dokoh selalu digayakan dengan pemakaian baju kebaya. Dokoh juga sering digunakan menjadi alat perhiasan pasangan pengantin sejak zaaman dahulu lagi. kini, penggunaanya tidak lagi terhad. Pada masa kini, penggayaannya bersama baju kebaya telah menjadi salah satu daripada fesyen pada masa kini.  


No comments:

Post a Comment

WELCOME TO OUR BLOG

WELCOME TO OUR BLOG