Hai uolls, haaa cuti sekolah sudah nak dekatkan, mesti bosankan asyik duduk dekat rumah jerr..mesti ada perancangan hendak melancong dengan family, kawan-kawan time cuti ni tapi tak tahu dekat mana tempat yang menarik dekat malaysia ni...haa dekat sini saya akan tunjukkan antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Malaysia kita ni ..jommm
1.Penang Street Art
Penang Street Art merupakan suatu keunikan yang terdapat di
Pulau Mutiara. Anda boleh abadikan momen terindah anda dengan menggayakan aksi
anda bersama karikatur yang ada di sepanjang jalan ini. Di bawah saya sertakan
peta karikatur yang terdapat di sini. Jangan lepaskan peluang anda untuk
bergambar.
2 .Pulau Rawa,Johor
Pulau Rawa, Johor persis Kepulauan Maldives kerana pulau ini
ibarat sebuah pulau mutiara yang tersimpan rapi tidak dinodai oleh arus
pemodenan. Ramai yang tidak mengetahui kewujudan pulau rawa yang terletak di Johor
ini. Pulau kecil ini terletak di Johor kira-kira 16km dari Mersing.
Untuk ke Pulau Rawa pengunjung bolehlah menggunakan
speedboat dari jeti Mersing yang mengambil masa kira-kira 20-45 min bergantung
kepada keadaan laut. Buat pengetahuan pengunjung di Pulau Rawa hanya
menyediakan kemudahan penginapan 2 resort sahaja iaitu Alang Rawa Resort dan
Rawa Island Resort.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Rawa antaranya
mandi laut,snorkeling, selam scuba, kayak,mendaki puncak bukit, BBQ, santai di
gazebo atau stargazing di tepi pantai dan menonton pertunjukan bunga api.
Menarik kan?
3 PULAU KETAM, SELANGOR
Bagi ingin mencari kelainan dalam bercuti bolehlah singgah
ke Pulau Ketam yang terletak berdekatan dengan Pelabuhan Klang, Selangor. Apa
yang unik mengenai Pulau Ketam ialah pengangkutan utama di sini hanyalah
basikal.Cara mudah untuk ke sana dengan menaiki bot dan merupakan pengangkutan
utama dari Jeti Perlabuhan Klang ke Jeti Pulau Ketam. Rumah kediaman di sini
dibina pada ketinggian kira-kira 1 – 10m dari aras laut. Pulau Ketam juga
merupakan syurga bagi hidangan makanan laut – bagi bangsa Cina.
4. THE SHOREA, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
Salah satu tempat percutian yang menarik di Malaysia dalam
senarai kami adalah The Shores. Apabila disebut sahaja nama Negeri Sembilan,
perkara pertama yang muncul di kepala adalah Pantai Port Dickson. Tidak
dinafikan kerana Port Dickson merupakan pantai peranginan yang paling dekat
dengan Kuala Lumpur. The Shorea Negeri Sembilan telah dibina oleh sebuah artkitek
yang menghargai ketenangan alam semulajadi sebagai tempat percutian peribadi
untuk keluarganya. Terletak di Jelebu, Shorea menawarkan dua jenis pilihan
samada Shorea Resort atau Shorea Estate. Seiring dengan tema pemeliharaan alam,
kayu yang dipakai untuk membina resort ini adalah kayu yang telah dikitar
semula agar tidak merosakkan flora dan fauna.
5 . BUKIT TINGGI, PAHANG
Bukit tinggi Pahang terletak di Bentong Pahang, ala kalau
orang pantai timur memang akan tahu pasal Bukit Tinggi ni kerana kalau melalui
lebuhraya Karak korang akan nampak papan iklan yang menunjukkan arah ke Bukit
Tinggi, Pahang. Ia merupakan lokasi yang unik dan menarik kerana Bukit
Tinggi terdapat bangunan yang mempunyai reka bentuk seperti bangunan di negara
beriklim sejuk di Eropah.
Terletak di tengah-tengah hutan tropika yang rimbun di 2,500
kaki di atas paras laut di Pahang, Bukit Tinggi memberikan rehat yang
menyenangkan dan menyegarkan, terutamanya dari iklim panas dan lembap sepanjang
tahun.
Meremajakan dengan penginapan yang tenang di pusat
peranginan bukit yang indah dan klasik dan menjelajahi kawasan bertema di
seluruh dunia untuk percutian unik dan inspirasi. Disini terdapat bangunan
ala-ala eropah seperti Colmar Tropicale dan The Chateu Spa and Organic
Wellness. Selain itu terdapat juga Japannese Village dan Botanical Garden dekat
sini. Kalau korang tak pernah sampai, boleh cuba jalan-jalan dekat sini. Wajib
cuba!
6. TANAH TINGGI KUNDASANG, SABAH
Tahukah korang, di Malaysia ada satu tempat di Sabah yang
sama seperti New Zealand. Dengan iklim suhu tanah tinggi yang sejuk, Tanah
Tinggi Kundasang terletak di kaki Gunung
Kinabalu yang menawarkan pemandangan yang menakjubkan dan menyegarkan. Cuaca
kat sini pon agak sejuk dan berkabus dan yang paling menarik lanskap ladang
ternakan ini macam senibina ladang ternakan di negara Eropah dan berlatar
belakangkan pemandangan Gunung Kinabalu.
7. THE CARPEDIA, PAYA RUMPUT, MELAKA
Jika anda sudah biasa dengan hotel berwarna-warni di
Brighton Beach di Melbourne, anda perlu mencuba hotel ini di Melaka. Terletak
di Paya Rumput, Melaka hotel butik ini di Masbro Village menggunakan hiasan
luaran yang berwarna-warni. Sekali imbas sahaja dah nampak keunikan tempat ni
dengan senibina yang sangat rare di negara ini yang mana selalunya hanya boleh
dijumpai di Brighton Beach, Melbourne.
Walaupun binaannya nampak kecil, tapi di dalamnya boleh
memuatkan sehingga 6 orang! Kalau korang jenis yang suka bergambar, tempat ini
adalah pilihan paling sesuai untuk abadikan dalam Facebook atau instagram. Ada
juga pasangan yang memilih lokasi Masbro Village di Paya Rumput untuk photoshoot
wedding.
8. VILLA DANIALLA, KELANTAN
Negeri Kelantan yang terkenal dengan keunikan bahasa,
makanan yang sedap dan tempat bebas cukai menjadi tumpuan pelancong untuk
melawat kelantan. Selain daripada itu negeri Kelantan sememangnya sinonim
dengan masakan yang sedap tetapi sedikit manis.
Tak terkecuali, terdapat juga banyak tempat menarik di
Kelantan. Sekiranya sampai di Kelantan, salah satu tempat yang wajib pergi
adalah Villa Danialla di Bachok. Villa Danila ni sesuai untuk mereka yang
mencari resort yang memberikan ketenangan dan bebas dari kesesakan bandar.
Pantainya yang menarik, dan lokasi resort betul-betul di tepi pantai
menjadikannya sebagai pilihan. Selain itu, anda juga boleh membuat daytrip ke
Pulau Perhentian dari Vila ini.
9. MUTIARA RESORT TAMAN NEGARA. PAHANG
Mutiara Resort Taman Negara ini terletak di Taman Negara Pahang. Tempat percutian ini sesuai untuk pencinta alam yang suka aktiviti lasak.
Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah jungle trekking, mendaki gunung, meneroka gua, canopy walk dan kesemua aktiviti berikut boleh diatur di Pusat Pelancongan Taman Negara.Kebanyakan Chalet disini diperbuat oleh Kayu dan setiap Chalet dilengkapkan dengan Tandas peribadi, Air Panas dan pengering rambut. Ada Chalet yang datang skali dengan ruang tamu dan dapur.
10. TASIK KENYIR, TERENGGANU
Bagi pencinta alam semulajadi Tasik Kenyir merupakan tempat
yang patut diterokai kerana is dikelilingi oleh hutan hujan tropika tebal.
Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini antaranya Santuari Kelah Sungai
Petang, Jungle Trekking ke Air Terjun Langsir, House Boat, Kenyir Elephant
Conservation Village (KECV), Taman Herba Pulau Sah Kecil, Caving di Tasik
Kenyir, Hiking di Gunung Gagau dan memancing ikan di sekitar tasik. Jika berkunjung ke Terengganu bolehlah singgah sebentar
merehatkan minda menikmati alam semulajadi yang tidak ternilai di Tasik Kenyir.
No comments:
Post a Comment