makanan tradisional di malaysia

MAKANAN TRADISIONAL DI MALAYSIA 

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis kaum antaranya melayu, cina dan india  dan setiap kaum tersebut  mempunyai makanan tradisional mereka masing-masing....haaa jom saya akan tunjuk dekat korang antara makanan tradisional yang terdapat di Malaysia kita ni..


1. MAKANAN TRADISONAL ORANG MELAYU


NASI LEMAK 



Nasi lemak merupakan salah satu makanan kegemaran bagi orang Malaysia terutamanya sebagai sarapan pagi. Nama Nasi Lemak mendapat gelaran daripada penggunaan santan untuk memasak nasi. Santan khususnya merupakan bahan masakan yang sering digunakan oleh masyarakat melayu tradisional. Oleh itu, Nasi Lemak dikaitkan dengan penggunaan santan dalam nasi yang membuatkan rasa nasi itu berlemak. Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng ,kacang goreng dan sambal. Kini, pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak seperti ayam, daging, sotong, udang, limpa dan hati lembu.


LEMANG  



Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti Hari Raya Aildilfitri. Semua orang daripada pelbagai kaum suka makan makanan tradisi ini. Lemang merupakan hidangan istimewa di Malaysia. Makanan tradisional ini dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. Kaedah memasak yang menggunakan buluh ialah cara memasak kaum asli di Malaysia. 




KETUPAT 



Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia. Ketupat ada disebut dalam kesusteraan Melayu, Hikayat Indraputra, yang tarikh ditulis dicatat sebagai 1700, tetapi kisahnya wujud secara lisan sebelum tarikh tersebut.  Jenis ketupat bergantung kepada bahan yang digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya. Terdapat 2 jenis ketupat di Malaysia antaranya ketupat pulut iaitu ketupat yang menggunakan beras pulut dan ketupat nasi yang dibuat daripada beras.





                                                                        OTOK OTOK



Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu “Otak-otak Terengganu” dan “Otak-otak Johor”. Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah. Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli. Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Otak-otak  lebih enak dimakan ketika masih panas.



2. MAKANAN TRADISONAL ORANG CINA


  • KUIH BULAN 




Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. Kuih bulan biasanya pastri bulat atau segi empat tepat, berukuran lebih kurang 10 cm dalam diameter dan 4-5 sm tebal. Inti tebal selalunya dibuat daripada isi biji teratai dikelilingi oleh satu kerak agak nipis (2-3 mm) dan boleh mengandungi kuning telur daripada telur itik masin. Kuih bulan adalah kaya, berat, dan tebal berbanding dengan kebanyakan kek Barat dan pastri. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya. Banyak jenis inti boleh dijumpai di kuih bulan tradisional mengikut budaya setempat. Terdapat beberapa jenis inti yang terdapat dalam kuih bulan adalah pes biji teratai, pes kacang manis dan lain-lain.

  • ZHONG ZI 



Zongzi atau biasa disebut Ba Tzang adalah makanan tradisional Cina yang terbuat dari beras ketan dan dibungkus dengan daun buluh sertu dikukus dan digantung untuk dikeringkan. Zongzi biasa disajikan pada tradisi perayaan Duanwu atau Festival Perahu Naga yang jatuh pada hari ke 5 dalam bulan ke 5 dalam kalender Lunar untuk memperingati wafatnya Qu Yuan, seorang penyair dari zaman kerajaan Chu. 


  • KUIH BAKUL 




Kuih Bakul atau Nian Gao ialah makanan cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Makanan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya “Nian Gao” di mana perkataan gāo berbunyi sama dengan perkataan yang bermaksud ‘tinggi’ melambangkan erti “semakin tahun semakin tinggi” atau ringkasnya “setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan”. Sungguhpun pelbagai jenisnya, namun semuanya berkongsi ramuan pulut sama yang dihancurkan atau dikisar menjadi adunan, dan, bergantung kepada jenis itu, boleh diacu begitu sahaja atau dimasak semula untuk mengukuhkan ramuannya. Kuih bakul berbagai-bagai jenisnya termasuklah jenis-jenis yang didapati dalam masakan Shanghai, dan masakan Kontonis dari Guangdong.


3. MAKANAN TRADISIONAL ORANG INDIA 


  • MARUKU 




Murukku adalah makanan tradisional kaum India Malaysia yang resepinya berasal dari India Selatan terutamanya dari Tamil Nadu. Muruku telah mengambil tempat di hati semua masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Murukku adalah makanan ringan yang sedap, rangup dan senang dibuat dan murah kosnya.  Murukku diperbuat dari Tepung Kacang Tosai atau Urad dhal dan Tepung beras dan perasanya bergantung kepada penggemar seperti yang asli atau pun yang pedas menggunakan serbuk cili. Murukku yang biasanya berbentuk bulatan atau pun yang halus. Murukku dibuat menggunakan acuan khas seperti cara menekan tepung yang telah uli atau pun cara pemutaran.

  •  PARATHA 




Paratha dan puri ini pada asalnya ialah makanan kegemaran kaum India. Buat masa kini roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak, diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Capati yang diolah dari gandum tulin mempunyai banyak khasiat dan makanan sesuai untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti canai sedap dimakan bersama dal, kari dan sambal.


  •  TOSAI 


Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum India.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india.

Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya, sambar, sambal dari buah-buahan, acar India, kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Tosai diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.



No comments:

Post a Comment

WELCOME TO OUR BLOG

WELCOME TO OUR BLOG