kaum yang terdapat di malaysia

KAUM YANG TERDAPAT DI MALAYSIA

Malayisa merupakan salah satu negara yang berbilang kaum yang mana mempunyai pelbagai etnik seperti melayu, cina, india, dan bumiputera.  jommm kita lihat kaum-kaum yang terdapat di malaysia kita ni dengan budaya dan warisan mereka tersendiri.




1. KAUM MELAYU




Kaum melayu merupakan kaum yang paling paling terbesar di Malaysia, yang mana  lebih daripada 50% jumlah penduduk. di Malaysia nama melayu merujuk kepada orang yang mengamalkan islam dan tradisi melayu, berbahasa melayu dan mempunyai keturunan melayu. pengislaman mereka daripada agama hindu dan buddha thevada bermula pada 1400 an kebanyakkannya dipengaruhi pengaruh kerabat diraja melaka. masyarakat melayu juga dikenali sebagai kaum yang mempunyai sifat lemah-lembutnya dan warisan seni.



2. KAUM CINA





Kaum cina merupakan etnik kedua terbesar di Malaysia, masyarakat cina di Malaysia membentuk kira-kira 25% jumlah penduduk. Kebanyakkan keturunan imigran cina yang datang semasa kurun ke 19. mereka terkenal kerana ketekunan dan kebijaksanaan dalam berniaga. tiga sub- kumpulan yang bertutur dalam dialek cina yang berbeza adalah masyarakat Hokkien yang mana ia tinggal di Pulau Pinang Kontonis yang tinggal di Kuala Lumpur, dan mandarin yang kebanyakkan tinggal di Johor.


3. KAUM INDIA 





Kaum India pula adalah kaum ketiga yang paling kecil etniknya antara ketiga-tiganya, masyarakat india Malaysia membentuk kira-kira 10% jumlah penduduk. Kebanyakkannya adalah keturunan imigran india selatan berbahasa tamil yang datang ke negara ini sewaktu penjajahan British. Terpesona dengan peluang untuk melepaskan diri daripada sistem kasta india, mereka datang ke Malaysia untuk membina kehidupan dengaan lebih baik. menganuti agama Hindu, mereka membawa bersama budaya warna-warni mereka seperti kuil berhias, makanan berempah dan dengan pakaian sari yang indah dan mewah.


KUMPULAN ETNIK BUMIPUTERA



1. ORANG ASLI





Orang asli adalah merupakan kumpulan etnik bumiputera di semenanjung Malaysia. mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan puak utama seperti Negrito biasanya hidup di utara. senoi di pendalaman tengah dan melayu proto di selatan. Setiap kumpulan atau sub kumpulan mempunyai bahasa dan budaya yang tersendiri. dan mereka biasanya bekerja sebagai nelayan, petani, dan mereka hidup secara berpindah randah.



2. SABAH 

Sabah merupakan kumpulan etnik bumiputera yang paling besar yang mana terdapat tiga populasi terbesar di sabah seperti Kadazan Dusun, Bajau dan Murut.


  • KADAZAN DUSUN 



Etnik ini adalah etnik yang pertama terbesar di sabah. ianya membentuk kira-kira 30% jumlah penduduk negeri. sebenarnya ia terdiri daripada dua puak iaitu Kadazan dan Dusun, tetapi dikumpulkan bersama kerana ia mempunayai bahasa dan budaya yang sama. Namun begitu, Kadazan biasanya tinggal di delta lembah tanah rendah yang mana ia sangat sesuai untuk penanaman padi, manakala Dusun pula tinggal di kawsan berbukit yang bergunung-ganang di pendalaman sabah. 

  • BAJAU




Bajau pula adalah kumpulan etnik kedua yang terbesar di Sabah. Bajau membnetuk kira-kira 15% jumlah penduduk negeri. Mengikut sejarah, mereka adalah pelaut nomad yang menyembah Omboh dilaut atau dewa lautan, atau dikenali juga sebagai Gipsi laut. Kebanyakkan mereka yang meninggalkan amalan pelaut menjadi petani dan penternak lembu. Bajau darat juga dikenali sebagai 'koboi dari timur' kerana kemahirannya yang pandai berkuda mengangumkan, yang mana akan dipertontonkan kepada umum pada hari perayaan Tamu Besar tahunan di kota Belud. 

  • MURUT  



Murut adalah kumpulan etnik ketiga terbesar di sabah, membentuk kira-kira 3% jumlah penduduk negeri. Kaum murut tinggal di kawasan pendalaman utara Borneo, dan mereka juga antara kumpulan etnik sabah yang paling akhir dalam menghentikan amalan pemancung kepala. Kini mereka terlibat dengaan penanaman padi huma dan ubi keledek untuk mendapatkan sumber makanan mereka dengan menyumpit dan memancing. Kebanyakkan etnik di sabah pakaian tradisional mereka dihiasi dengan manik-manik yang cantik.


3. SARAWAK

Terdapat empat kumpulan utama di sarawak seperti Dayak , Iban, Bidayuh dan Orang Ulu.

  • DAYAK 



Dayak bermaksud hulu sungai atau kawasan pendalaman, adalah satu istilah menyeluruh yang digunakan oleh penduduk islam persisiran pantai kepada lebih darpada 200 kumpulan suku kaum. Kaum Dayak biasanya mereka tinggal di rumah panjang, rumah komuditi tradisional yang mana boleh menempatkan 20 hingga 100 keluarga. 

  • IBAN 




Iban merupakan kumpulan etnik terbesar di sarawak yang mana membentuk 30% penduduk di negeri ini. Orang iban dikenali juga sebagai orang dayak laut kerana kemahiran mereka yang pandai menggunakan bot, sedangkan mereka sebenarnya adalah suku kaum hulu sungai daripada kawasan di tengah-tengah kalimantan. Kaum iban ini mereka biasanya menyembah tuhan perintahan bertiga di bawah kuasa singalang Burung, tuhan burung ini bagi peperangan. 
  • BIDAYUH



Masyarakat bidayuh yang kehidupannya yang mendamaikan dan suka mengambil jalan mudah serta terkenal dengan layanan baik dan tuak atau wain beras mereka. masyarakat bidayuh ini membina rumah mereka di kawsan pergunungan sarawak dan kebanyakkan mereka bekerja sebagai petani dan pemburu. Pada zaman pemburuan kepala dahulu, tengkorak sebagai hadiah buruan mereka yang disimpan di dalam 'baruk' rumah bulat yang setinggi kira-kira .5 meter atas tanah. Masyarakat bidayuh pada asalnya penganut animisme, tetaapi sekarang kebanyakkan mereka menganut agama kristian. 

  • ORANG ULU



Orang ulu dikenali sebagai suku kaum hulu sungai sarawak. Mereka membentuk kira-kira 5.5% dari penduduk sarawak. Terdapat lebih 100 000 suku kaum orang ulu yang berbeza. Orang ulu ini boleh dikatakan sebagai kaum yang paling artistik di Borneo, rumah panjang mereka yang besar yang dipenuhi hiasan yang berlebihan dengan murai dan ukiran kayu yang sangat indah serta peralatan mereka yang cantik dengan dihiasi kerja manik dan wanita dari golongan bangsawan. 




No comments:

Post a Comment

WELCOME TO OUR BLOG

WELCOME TO OUR BLOG